Thursday 31 March 2011

Lemon & lime cake


Bahan-bahan:- 1/2 cawan (125g) mentega
- 3/4 cawan gula halus
- 2 biji telur (gred A)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1/2 cawan air
- 1 biji limau purut (ambil air perahannya)
- parutan kulit sebiji lemon

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2. Ayak kesemua bahan kering. Campurkan air dengan jus limau purut dan kulit lemon.
3. Selepas itu masukkan sedikit tepung ke dalam bancuhan mentega tadi dan diselang selikan dengan bancuhan air. Akhiri dengan memasukkan tepung. Kaup balik adunan hingga sebati.
4. Sediakan loyang bulat saiz 8". Sapukan mentega dalam tin dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
5. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C dan masukkan adunan ke dalam loyang.
6. Bakar adunan selama 30 - 35 minit.
7. Setelah kek sejuk, potong dua pada bahagian tengah dan sapukan lemon curd.

* Tabur gula aising pada permukaan kek jika suka atau sapukan dengan buttercream.

Lemon Curd (kaya lemon)


- 5 sudu besar gula
- 1/3 cawan jus lemon
- 2 sudu teh parutan kulit lemon
- 1 biji telur (gred A)
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh mentega

Cara membuatnya:

1. Masukkan gula, jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam periuk. Panaskan dengan menggunakan api sedarhana. Gaul hingga gula larut.
2. Pukul telur di dalam mangkuk secara perlahan (jgn sampai berbuih).
3. Angkat sirap lemon tadi dari api dan masukkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk telur sambil terus mengacau dengan pemukul selama 2 minit.
4. Tapiskan adunan tadi dan masak semula pada suhu rendah. Teruskan mengacau adunan hingga hampir mendidih.
5. Padamkan api dan masukkan esen vanila. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
6. Tutup lemon curd dengan cling film dan biarkan sejuk sebelum disapukan pada permukaan kek.

*Nota:- Lebihan lemon curd boleh dimakan dengan roti atau skon.
- Simpan lemon curd dalam peti sejuk. Boleh bertahan selama 1 minggu.
- Gunakan lemon segar & berkualiti baik untuk membuat lemon curd.




No comments:

Post a Comment